kenapa hidup ini mesti ade kompilkasi?
sering diiringi drama-drama iras-iras telenovela.
lucu, aku sering lihat drama di sekeliling, percaya bahawa diri sendiri tidak akan terlibat dengan adengan2 sebegitu. angkuh bahawa aku tak perlu hadapi liku-liku hidup sebegitu. angkuh, yang diri ini akan terkecuali.
aku tak suka drama, aku cukup tak suka. lebih2 lagi kalau aku tahu, pengakhirannya tak akan berubah walaupun terdapat banyak twist di sana sini.
aku memang begitu, malas mahu berjuang jika tahu, endingnya akan tetap sama.
why fight a losing battle?
drama, everybody has them.
;p
oh, dan aku juga muhasabah diri tempoh hari, menilai diri sendiri..bertemankan ceiling.
aku tak mengerti cara untuk handle kene turn down. kalau aku minta pertolongan, dan orang kata "tak boleh", aku terus bawa diri ke tempat lain. aku tak dapat nak korek dari dalam diri aku ini, untuk bertanya berkali2 sehingga dapat, atau sehingga puas...i'll only ask for anything once, kalau tak mahu atau tak sudi, tak mengapa. aku tak mahu paksa.
yeah, aku ada masalah dengan ego barangkali...
aku punyai presentasi Final Year Project aku hari Rabu akan datang. slide power point aku masih belum siap..
you want to wish me luck?
tak mahu tak mengapa.;p
Two Hundred
3 weeks ago





