Terasa perasaan hasad dengki apabila melawati blog
The Hate Journal. Ah, mengapa aku tak dapat nak buat trip sebegitu. Umur sudah cecah (hampir) 22, dan masih banyak lagi aku belum lihat di dunia ini.
Aku bilang sudah hampir 16 tahun hidup aku berkecimpung dalam dunia akademia. 16 tahun bangun tidur buku dan alat tulis. Mahu backpack sana sini selepas graduasi (ala2 lonely planet), ekonomi pula gawat.
Terpaksa rebut peluang kerja cepat kalau mahu elak menanam anggur masa akan datang. Tak sempat mahu berjoli sana sinun kerana takut peluang kerja direbut orang lain.
cis, ada2 aja ranting dalam perancangan.
____________________________________________________________________
pernah anda ditinggalkan masa percutian?
SENARIO SATUAku menelefon rumah
*toot2* *toot2* *toot*
..tiada orang angkat
Dial nombor telefon bimbit ibu/bapa
*toot2* toot* *click*
Aku: Hello? Mum?
Mum: Yeah, ada apa?
Aku: owh, kluar ek, tadi telefon rumah tak ada orang angkat. Shopping?
Mum: owh, kitorang kat kelantan ni, balik kampung cuti2, we did not tell u?
Aku: ........ erm..(-_-!!)
SENARIO DUAaku balik rumah satu long weekend, sampai, mandi2, duduk di ruang tamu.
adik masuk memakai baju berwarna oren terang.
Aku: Baju baru ke? Havent seen it before. And why orange?
Adik aku: owh, we went to sunway lagoon the other day. Dad's company ade family day. You did not know?
Aku: owh, yeah, of course i do,pfft (biarlah tak tahu langsung pn padahal). Any shirts for me?
Adik aku: Dunno, probably not, we got one each.
Aku:.....rite..
Aku dah duduk Subang Jaya sejak tahun '91. Tak pernah aku jejak kaki lagi ke Sunway Lagoon tu. (-_-!!)
ada orang mahu ajak aku pergi?
anyone...?