Berkata tentang janji-janji, kata-kata manis.
Indah sungguh kata-kata apabila teringin.
Dikalahkan gula manisnya, bergocak hati diusiknya, cair mulut menyebutnya.
Bukan mahu menjulang nama, mahupun menabik dada.
Tapi aku tahu akan kelebihan mereka yang bijak mengatur kata-kata.
Kelebihan orang yang punyai kosa kata di pihaknya.
Kau juga pernah saksikan bukan? Bagaimana orang-orang di tangga atas masyarakat bertutur, bagaimana mereka berbicara?
Ada yang indah bahasa demi kebaikan sejagat.
Ada yang indah bahasa demi kebaikan diri, bukan sepakat.
Aku bukan mahu membebel semberono, sahaja mahu memberi pendapat.
Umum, terlalu umum dan rawak.
Aku tahu, aku tahu.
Salahkan teman dinding langit, ia memberi idea fikiran ketika aku berbaring mencari ilham tidur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ape ini mr fusyi.?
hee~
haha~
pendapat rawak.
banyak sangat masa cuti.adoi2~ ;p
sungguh rawak.
tapi ada benarnya pendapat mu itu
oh my, kenapa ko sekarang macam puitis gila. haha, macam banyak baca novel melayu pulak ;p
baru perasan, it sorta rhymes.lol~
bukan terlebih baca novel melayu, terlebih berfikir more like.
aduh, kenapa cuti begitu lama.
what is this?
french?
Post a Comment