Saturday, October 4, 2008

aku mahu panggil kalian makan, mungkin nanti, pabila semua dah pulang dari kampung.

aku suka buat majlis makan2, panggil rakan2 lama dan baru untuk bertandang ke rumah, berkumpul dan menjamu (untuk raya kali ini, mungkin tak sempat, maaf kalian)..

walaupun sudah ade beberapa kali dahulu, niat memanggil segerombolan, tapi yang muncul hanya beberapa (selalu disebabkan kecemasan yg tk dpt dikenalpasti), tapi tak mengapa, rakan2 yang nafsu makan tinggi ade untuk selamatkan keadaan dan habiskan makanan berlebihan (read: kong,pundak dan seangkatan). tak apa, aku tak putus asa, aku ingin panggil kalian makan lagi selagi boleh, dan selagi mampu.

aku cuba untuk tak campur gathering family dengan rakan. memanglah, senang orang kata, sekaligus kalau buat dua2, jimat masa dan sebagainya. mungkin kamu akan berfikiran begitu jika rakan2 kamu lain daripada rakan2 aku. rakan2 lelaki aku..
sudah pening mendengar pelawa2 mereka untuk cuba berkenalan dengan saudara2 gadis aku yg juga datang melawat. bukan apa, tapi aku kenal sangat kamu semua, dan aku rasa kamu perlu kembara jauh lagi jika mahu kenal saudara2 gadis aku yang orang kata menawan (aku tak tahu nak komen, sudah kenal mereka dari kecil, tapi agaknya betulah kot). lagipun, aku panggil kalian untuk makan, bukan mengorat. stakat bagi nama aku boleh, yang lain, usaha sendiri, Googlelah kalau terpaksa untuk mencari facebook mereka mahupun friendster.

satu lagi sebab aku tak berapa gemar (bukan tak suka) kalau gathering campur rakan dan family adalah permainan 'best dress and first impression' yang akan bermula di kalangan ibu serta rakan2 (read:aunties) yang lain. ya gadis2, kalau kamu ingin bertandang ke rumah aku, wear your best dress, silap haribulan nanti ade award.

"hor, comenyo hok tu Fasyan, sapo tu, coursemate ke?"
"putih sepo hok tu, bagus2, doh la juruh"
dan paling best..
"hok tu mami kene, tackle lah"..(-_-")
*sapa tak reti kelantan, mintak maaf, subtitle not provided

kepada mereka yang pernah melawat rumah aku, ketahuilah ade di kalangan kamu yang mendapat pujian yang amat..sendirilah perasan, aku tak mahu bagitahu sapa.

minta maaf rakan2 lelaki, aku tak punyai adik perempuan yang boleh kamu tackle, kalau ada pn, tak tentu aku kenalkan kepada kamu semua.;p


cuti nanti pastikan kamu tak kemana-mana.

cheers~

7 comments:

iLLy said...

Owoh... siap ade judging ke?

p.s: kene tu is berkenan kan?

mrfusyi said...

bukan judging per se. more to, rough evaluation.huhu~

yeah, kene=berkenan.correct!! :D

azrey said...

ekekeke..

ambo pehe maksuk mok (mok ke??) tue ambo tuh..

Mohd Nurul Amin said...

ako tau sape. mesti rumet nabe. ade rumet nabe kte sume xleh carik makan huhu T_T

mrfusyi said...

ape rumet nabe pula. tak ada keje mahu menilai jantan. mestilah menilai kaum2 hawa.hish kamu pundak. adakah kamu ghey? lol~

Mohd Nurul Amin said...

oh. aku misunderstand di sana. penat barangkali

Fariz Azhar said...

pundak tidak ghey...
tp dia meminati lelaki cantik...
(terjahan kasar di situ!)